Mari Ngaji Baso Klate

January 16th, 2007 by nikamin

Ada cerita (rekaan kot) di sebuah sekolah rendah di luar Kelate yg cikgu besarnya oghe Kelate. Satu hari budok-budok jjupo ular, jadi cikgu ni suruhlah "cepat-cepat lah katok". Budak-budak pun heran dan jawab balik, "bukan katak cikgu, tapi ular." hmmmm konpius…

Katok = pukul, balun, hentam

Vocabulary :
Bokbong = spesis musang
Ttuyup = pepatung
Pok Kor = spesis mengkarung
ike Kkhonge = ikan cencaru
Gelenyar,Gletah = mengenyam, getik
saksoba = absorber
Supik Gelenyar = plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
Gaduh, bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu)
Saka = gula (sekarang sudah jarang digunakan oleh generasi baru)
bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
tohok = buang
ghohok = susah, payah
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)

Kelantan + English?? = "Kelantalish"

Contoh:
POZEK (deposit)
RIZAT (1.result 2.reserved)
NNEJA (manar),
ISTEK (estate)
SUWIH (switch)
MERKET (market)
dll…

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:

manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG

Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik.. antaranya:

YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan…lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn’t it?"
…dan banyak lagi..

Islam bangkit di Sepanyol

January 14th, 2007 by nikamin

Beratus-ratus masjid didirikan menerusi pembiayaan dana UAE, Kuwait


MADRID:
Barisan ketua paderi Sepanyol kini dilaporkan bimbang dengan kemunculan
semula pengaruh Islam, termasuk pelan pembangunan semula bandar Cordoba
yang pernah menempatkan pusat empayar kerajaan Islam di Andalusia.

Malah, beratus-ratus masjid mulai dibina di sekitar Sepanyol sejak
beberapa tahun lalu biarpun pihak gereja dan penduduk Kristian terus
menyuarakan bantahan atas alasan ia menjadi tempat penyebaran semangat
pelampau.

Akhbar The Independent memetik Persatuan Muslim Cordoba sebagai
melaporkan, antara projek pembangunan semula kota terbabit termasuk
pembinaan semula Masjid Besar atau Masjid Jamek Cordoba yang dibina
pada kurun ke-8.

Mezquita_de_cordovaDana bagi pembiayaan projek itu sedang giat diusahakan dengan bantuan
kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait selain pertubuhan Muslim
di Maghribi dan Mesir.

Beberapa masjid besar lain juga dirancang pembinaannya di kawasan Medina Azahara dekat Cordoba, Seville dan Granada.

Berikutan itu, ketua paderi Kristian di bandar terbabit menyuarakan
kebimbangan di atas pembinaan masjid itu atas alasan pengaruh gereja
bakal terhakis berikutan kehadiran masjid dan pengaruh Islam dari luar.

Hakikatnya, ada sejuta penduduk Muslim diramalkan mendiami Sepanyol.

Ramai di antara mereka terpanggil untuk menetap di negara itu kerana
nostalgia kehilangan kota Andalusia – kerajaan yang pernah menerajui
pemerintahan Sepanyol lebih lima abad lamanya.

Bulan lalu, penduduk Islam Sepanyol mengemukakan semula tuntutan bagi
mendapatkan hak untuk bersolat dalam Masjid Jamek Cordoba (Mezquita de
Cordova). Masjid itu terletak dalam gereja yang dibina selepas kerajaan
Muslim diusir dari Sepanyol pada 1492.

Mereka sebelum ini dilarang bersolat dalam bangunan berkenaan.

Presiden Majlis Islam Sepanyol, Mansur Escudero mencabar Paderi Besar
Sepanyol, Ricardo Blazquez bagi menjelaskan alasan larangan Muslim
bersolat dalam masjid berkenaan.

Mansur turut membangkitkan tindakan pemimpin Vatican, Pope Benedict
yang dibenarkan bersembahyang dalam Masjid Biru Istanbul ketika melawat
Turki, bulan lalu.

“Ia jelas membuktikan masjid itu boleh dibuka kepada penganut Kristian.
Kenapa pula umat Islam dilarang bersolat dalam Masjid Cordoba?”

Blazquez memberi alasan, perbuatan bersolat secara berjemaah di masjid
berkenaan sememangnya dilarang, tetapi solat secara individu dibenarkan.

Ia disambut kenyataan Mansur yang penduduk Islam kini akan kembali
bersolat di Cordoba ‘secara sendirian dan atas kapasiti sebagai
individu.’

Namun, Paderi Besar itu sebaliknya mengubah kenyataan asalnya dengan
berkata: “Umat Islam tidak boleh bersolat bersendirian atau berjemaah
dalam gereja Cordoba.”

Pengaruh Islam mula tersebar di Sepanyol pada 711, apabila 7,000
tentera Muslim di bawah pimpinan Thariq bin Ziad dan Musa bin Nushair
mendarat di selatan negara itu bagi membantu Raja Toledo, Julian, yang
ketika itu menghadapi ancaman Raja Roderick yang kejam.

Pada 755 Abdurrahman I atau Abdurrahman ad-Dakhil (daripada kerajaan
Umaiyah) dilantik sebagai pemimpin di selatan Sepanyol, yang
menyaksikan Islam semakin bersinar.

Sebagai mercu tandanya, pada 788 dibangunkan Masjid Jamek Cordoba yang dikatakan dibina di kawasan bekas sebuah gereja.

Ia dikatakan mempunyai pelbagai gaya senibina ‘janggal’, malah
pembesarannya melalui beberapa fasa bawah pemerintahan Islam, yang
kemudian digabungkan dengan gaya Gothic (binaan abad ke 12-15 Masehi di
Eropah). – Agensi


©The New Straits Times Press (M) Berhad

40 Lelaki Yg Tak Sesuai Bergelar Suami

December 27th, 2006 by nikamin

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak
bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak
buat teknik macam-macam. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia
tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri
selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang
hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli
rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas
di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.
Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.
Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan
kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang
saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit
saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur
semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi,
belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar
lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama
juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang
nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu
seks tiap-tiap malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap ‘mahu’ walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya
tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia
penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun,
saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar
dalam saya. Rupa-rupanya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya
kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si
anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya.
Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa
dia suruh saya masak macam biasa. Anak-anak keliru melihat gelagat bapa
mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa
untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3
tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x
seminggu dan rumah tidak boleh bersepah… walaupun saya sedang sarat
mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai-pandailah saya berjimat cermat untuk
belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju
sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami
jemput, kalau tidak pandai-pandailah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan
kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami
sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg
berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.
Terpaksalah saya menyara anak-anak.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata
‘takde duit’. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan
saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana ‘lemaknya’.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-
10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg
mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari
bomoh, lepas itu tanam macam-macam jenis tangkal, mesti dia nak pergi
‘bersangkak’.

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji
nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya
digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah
kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri
lain dan anak masih kecil. Rupa-rupanya selama ini emak tahu arwah suka
kahwin cerai di merata-rata tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak
menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami ‘hilang’ itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun.
Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia
kena ’serkup’ waktu tengah tarik ganja dengan kawan-kawan.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,
saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling
barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.
Mula-mula cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit
berpuluh-puluh ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa?
Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.
Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang
perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja
sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja
kilang nak sara anak-anak.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding-bandingkan
kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan
hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam-macam benda untuk tambah
pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak
orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam
jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab.
Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya
kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat
"gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja
besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi
selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang.
Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia
mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus
abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat,
suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan-kawan
macam orang muda… sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya
di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam… mandi hadas? Saya masuk Islam
kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun
beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan.
Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana
mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan-kawan apabila isteri
hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang
masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu
sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah
dan silap haribulan berendam airmata…

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa-rasanya gelaran saya sudah
berubah. Dahulu ‘isteri’ sekarang ‘pengurus anak-anak’. Hubungan dengan
suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan
seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang ‘terhegeh-hegeh’ . Saya
pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada
isteri lain.

Aku Hampir Dirogol (Kisah benar dari US)

December 16th, 2006 by nikamin


Aku Hampir Dirogol (Kisah benar dari US)
Buat Renungan ….

Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini
telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung
dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil
jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah
lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak
gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar
di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap
hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah
memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan
dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah
dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang
perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat
lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi
lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia
lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke
balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti
bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan
dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di
masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis
untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum
lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?" Perogol tu jawab: "No, you
are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on
your right side and the other one was by your left side. If you were
alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang
Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat
terbuka malaikat pun malas dekat).
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang
diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya.
Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan
nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan
sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia
lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi,
renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr
r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan
saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang
bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan
senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipeliara Allah
dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

DOA DAN WIRID UNTUK PELAJAR

May 10th, 2006 by nikamin

DOA DAN WIRID UNTUK PELAJAR Susunan Najib Khan Surattee (17 Ramadhan 1421)

1. SURAH AL FATEHAH – Doa pembuka kepada segala urusan (Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu (Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan and melegakan hati (Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah. (Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)

5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati “Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.” (Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

6. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati “Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi. Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.” (Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor) Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla. Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi) (Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

8. DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya “Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.” (Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA Allahummaftah ‘alaya futuuhal ‘arifiin. Wa faqqihni fiiddiin. “Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”

10. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi. “Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”

11. DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli. “Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”

12. DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

13. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah “Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”

14. WIRID UNTUK PELAJAR Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata. Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin. “Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata” Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.

15. Ya ‘Aliimu Allimni Hikmah “Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”. (Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)

16. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block) Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan Ya Haadi, ihdinii. “Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku” Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.

17. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat “Wahai Tuhan Yang Maha Pandai” Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.

18. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir “Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”. Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek. Selamat Beramal Ka atas Pulang ka Ruang Warkah

Anda No Berapa?

April 14th, 2006 by nikamin

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu
dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin
mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari,
berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda
akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang
matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan
anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah
dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda
adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga
orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga
yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda
suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri.
Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah
seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan
masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri
tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.
Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua
orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma
Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang
bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat
agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai
masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda
sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi
anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda
perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati
orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan
hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya
anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan
berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan
membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal
anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan
menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang
yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam
penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau
kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena
berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan
mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang
ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah
tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang
yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat
popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya
secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di
kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga
anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan.
Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka
perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara
dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda
dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius,
baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik),
mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan
datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan
kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah
hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang
yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam
bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah
sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan
pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang
amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri
sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia
ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira.
Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda
mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda
juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah
menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga
adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga
mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah
seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang
boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada
usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi
apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang
taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan
model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.                                       

Rahsia Mata Lelaki

April 10th, 2006 by nikamin
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada
kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
wasalam………………….

KAIN KAPAN HJ TEEPOO

March 11th, 2006 by nikamin

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

        Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam m asa sebulan.Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

       Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk,koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo

       Dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

        Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.

       "Bang", bisiknya perlahan. 
        "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, 
        "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara,
        "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." 
        Isterinya masih ragu-ragu.
       "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

       "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mere ka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang…."

       "Astaghfirullah hal ‘aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dan kerbau dengan penjelasan suaminya.


Pssssssst…. takkan MATI pun nak kelentong…  alahai makhluk..  Nak kelentong Malaikat pulak tu….. jembalang nya orang tullah!!!

Window XP - 23 Aplikasi Tersembunyi

March 6th, 2006 by nikamin

Pernahkah anda terfikir bahawa Window XP mempunyai aplikasi tersembunyi, khas bagi mereka yang masih rabun.

untuk membuka aplikasi ini, pergi ke Start > Run kemudian taip:

  1. Character Map = charmap.exe (sangat berguna untuk mencari special character such as ½, ©, dll)
  2. Disk Cleanup = cleanmgr.exe
  3. Clipboard Viewer = clipbrd.exe (lihat apa yang anda copy menggunakan Ctrl+C or Copy)
  4. Dr Watson = drwtsn32.exe (troubleshooting tool)
  5. DirectX diagnosis = dxdiag.exe (untuk menganalisis masalah mengenai kad video ataupun kad suara)
  6. Private character editor = eudcedit.exe (membolehkan ubah character ataupun mencipta baru)
  7. IExpress Wizard = iexpress.exe (Create self-extracting / self-installing package) - Mcm Winzip la kirenya
  8. Microsoft Synchronization Manager = mobsync.exe (appears to allow synchronization of files on the network for when working offline. Apparently undocumented).
  9. Windows Media Player 5.1 = mplay32.exe (Retro version of Media Player, very basic).
  10. ODBC Data Source Administrator = odbcad32.exe (something to do with databases)
  11. Object Packager = packager.exe (to do with packaging objects for insertion in files, appears to have comprehensive help files).
  12. System Monitor = perfmon.exe (very useful, highly configurable tool, tells you everything you ever wanted to know about any aspect of PC performance, for uber-geeks only )
  13. Program Manager = progman.exe (Legacy Windows 3.x desktop shell).
  14. Remote Access phone book = rasphone.exe (documentation is virtually non-existant).
  15. Registry Editor = regedt32.exe [juga regedit.exe] (untuk hacking Windows Registry).
  16. Network shared folder wizard = shrpubw.exe (membuat shared folders dalam rangkaian).
  17. File siganture verification tool = sigverif.exe
  18. Volume Control = sndvol32.exe (Saya sertakan ini untuk mereka yang hilang sound control di System Notification area).
  19. System Configuration Editor = sysedit.exe (ubah System.ini & Win.ini seperti Win98!)
  20. Syskey = syskey.exe
  21. Microsoft Telnet Client = telnet.exe
  22. Driver Verifier Manager = verifier.exe (Monitor tindakan driver. Amat berguna untuk pengguna yang mempunyai masalah driver).
  23. Windows for Workgroups Chat = winchat.exe (NT utiliti membolehkan anda berbual dalam rangkaian LAN).

Hatiku Milikmu (Pt 3)

March 3rd, 2006 by nikamin

Penulis:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Editor:DR. SALBIAH SELIMAN

sambungan…

"Uwarghhhhhhhh…." Fika menyakat Umar dari belakang. Wajahnya ceria. Pakaiannya seksi

menggoda. Rambutnya lurus melepasi bahu, diwarnakan perang. Kedua-dua tangannya erat

memegang bahu Umar. Umar segera menepis kasar.

"Hey, tak boleh sentuh lah!"

"Alah, bang! Fika tak sentuh kulit abang pun, kena baju je," Fika merengek manja.

"Perbuatan tu tetap berdosa! Fika tak takut Allah?"suara Umar meninggi. Setinggi suaranya

mengeluarkan arahan sebagai Ketua Pengawas di Sekolah Taman Islam dulu. Dia tidak mahu

tertewas lagi.

"Abang marah Fika? Fika dah tekad, Fika nak bunuh diri!" Fika terus bertindak melompat ke

dalam sungai Ulu Yam dan mula terkapai-kapai meminta tolong. Umar panik. Tanpa berfikir

panjang, dia terus terjun untuk menyelamatkan Fika. Fika memeluk erat tengkuk Umar sambil

ketawa berdekah-dekah.

"Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha…. Hari tu abang kata Fika bodoh sebab nak bunuh diri.

Tengok hari ni, abang pun bodoh jugak sebab percaya Fika lemas. Sungai Ulu Yam ni ceteklah,

bang. Mana boleh lemas!".

Umar tertipu. Dia bertekad untuk bertindak tegas dengan gadis itu kali ini. Dia cuba

melepaskan dirinya daripada pelukan Fika.

"Biar abang rasakan hangatnya cinta Fika. Fika takkan lepaskan abang kali ni. Tak de lelaki

yang pernah menang dengan pelukan Nur Syafika. Ha ha ha ha ha ha…" pelukan Fika semakin

erat. Mereka bergelut di dalam air.

"Fika, jangan paksa abang berkasar dengan perempuan," Umar memberi amaran.

"Abang, jangan tipu diri sendiri. Dengar suara hati…abang bahagia dipeluk Fika macam ni,

kan?! Ha ha ha ha ha…" Umar hilang kawalan. Dia geram lalu menampar pipi Fika sekuat hati.

Tenaga lelakinya membuatkan mulut Fika berdarah. Fika terkesima, terdiam dari tawanya. Umar

segera mencari daratan.

"Mulai saat ni, aku tak nak lagi kau ada dalam hidup aku. Syaitan!" Umar mampu berkata

‘tidak’ kepada nafsunya kali ini.

"Abang…" Fika menangis teresak-esak. Fika berlari dari dalam air lantas mengejar Umar.

Pakaiannya yang agak ketat semakin melekat di badan kerana basah kuyup. Tergoda iman lelaki.

Fika berjaya mendapatkan Umar lalu dipeluknya kaki Umar seerat mungkin. Badannya direbahkan

ke tanah. Umar tidak dapat meneruskan langkah. Dia tidak sampai hati menolak Fika dengan

kakinya. Di tambah pula dengan tangisan Fika berjaya melembutkan hatinya daripada berkasar

lagi. Dia menyesal kerana mencederakan gadis itu. Aksi itu menjadi tarikan pelawat-pelawat

yang lain. Fika tidak menghiraukan mata-mata yang asyik memerhati. Dia masih menangis dan

terus memujuk rayu.

"Fika, abang minta maaf kerana tampar Fika. Abang tak patut buat macam tu!" Umar melembutkan

suara.

"Abang, Fika tak kisah semua tu. Kalau abang nak bunuh Fika sekalipun, Fika akan menyerah

diri. Fika cuma sayangkan abang. Abang, dengarlah suara hati Fika ni, Fika cintakan abang

…" tangisan Fika terus berlagu hiba.

(Ahh, aku kena kuat untuk berkata ‘tidak’)

"Fika, bangunlah…" Fika akur dengan suruhan Umar. Hatinya menyangka Umar telah termakan

pujukan.

"Fika, dengar sini…abang terpaksa buat dua pilihan antara cinta Fika dan cinta Allah.

Abang memilih cinta Allah! Abang harap, abang akan bebas dari bayangan Fika. Abang tak nak

jumpa Fika lagi. Cukuplah dengan dosa-dosa kita selama ni. Pesan abang yang terakhir,

ingatlah…cinta Allah takkan mengecewakan!" Umar berlalu meninggalkan Fika.

Tangisan Fika semakin teresak-esak kedengaran.

"Bang Umar, sampai hati abang! Fika tetap sayangkan abang sampai bila-bila…" laungan Fika

tersekat-sekat dalam esak tangisnya. Umar memejam mata seketika. Hati Umar sangat simpati

terhadap Fika.

(Ah, tidak! Tidak! Tidak!) nafsunya dibantah tegas. Kakinya laju melangkah tanpa sedikit pun

menoleh ke belakang.

"Abang, Fika perlukan abang. Fika cintakan abang…" Fika menjerit tak keruan. Bagaikan

orang gila lagaknya. Tiba-tiba langkah Umar terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke

belakang. Kakinya melangkah kembali kepada Fika. Adakah Umar kan tewas lagi?

Fika tersedu-sedan melihat Umar berpatah balik menuju ke arahnya. Bibirnya cuba mencipta

senyuman. Air mata yang laju membanjiri pipi cuba ditahan.

"Abang, Fika tahu abang kan kembali pada Fika. Cinta kita cinta sejati…Fika tak nak

kehilangan abang lagi,"Fika terharu. Tangannya dibuka untuk menyambut kepulangan Umar ke

sisinya.

"Abang….baliklah pada Fika. Fika cintakan abang!" lidahnya terus merayu. Langkah Umar

semakin menghampirinya. Fika memejamkan mata dan tanganya masih terbuka supaya Umar boleh

masuk ke dalam dakapannya.

"Fika, buku-buku ni untuk Fika! Selepas ni, abang langsung tak mengenali Fika yang buruk

perangainya seperti ini. Abang harap Fika boleh berubah menjadi Nur Syafika yang baru.

Carilah cinta Allah…di situlah Fika kan temui cinta sejati yang Fika cari-cari selama ini

…" selepas itu langkah Umar tidak terhenti lagi.

"Arghhhhhhhhhhh. Abang…Fika cintakan abang!" Fika menjerit sekuat hati. Dilemparkan semua

buku-buku pemberian Umar ke dalam sungai. Umar tidak menghiraukan.

(Langkahku kali ini langkah Mujahid, pantang berundur! Ya Allah, terima kasih

kerana memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang pernah Kau berikan kepada Yusof menghadapi

Zulaikha. Aku memang hajat pada tarbiyyah berterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia

ini terlalu dusta dan menggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh menyelamatkan aku dari murka-Mu.

Ya Allah, aku takut mengahdapi ujian hari esok. Tolonglah berikanku kekuatan, aku tidak mahu

tewas lagi. Aku berjanji takkan cuba meninggalkan jalan tarbiyyah dan da’wah ini seperti

dulu. Cukuplah sekali aku pernah tertipu dek nafsu. Akan kuperangi suara nafsu habis-habisan

sebagai seorang mujahid laksana garangnya Umar di medan perang. Akulah Umar Al-Mujahid!)

" Umar, Dr. Sal kirim surat kat nta," Banna menghulurkan sepucuk surat. Selepas itu dia

masuk ke compartment Fathil dan rancak berbual-bual. Persahabatan Banna dan Fathil makin

erat terjalin saban hari. Umar mengkeriukkan dahi. Keningnya diangkat. Dia membuka lipatan

surat itu dengan berhati-hati.

(Apasal pulak Dr. Sal tulis surat kat aku?)

KEBABASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU

Kau maukan seseorang

Memenuhi hatimu

Kerana kini kau bebas tidak seperti dulu

Dulu kau disekat dijaga

Maka kau pun boleh jaga juga

Tetapi kini kau bebas

Tak boleh jaga nampaknya

Satu demi satu tersungkur

Atau sekurang-kurangnya tumbang

Atau sekurang-kurangnya kecundang

Tidak ramai yang boleh jaga

Cinta bermaharajalela

Tiada tujuhala

Ingatlah kau dari sekolah mana

Sbt sbh mempunyai harapan yang tinggi

Kami mempunyai impian

Yang kami mahukan kamu semua memahaminya

Kami mahukan anak-anak semua

Meneruskan kegigihan kami

Menegakkan kalimah itu

Jangnlah leka nak

Janganlah kau ikutkan nafsu nak

Kau belum tahu penanganan dunia ini

Bukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah itu

Telah lupakah kau?

Semuanya?

Kan belum lama kau keluardarinya

Di merata tempat

Disana sini

Ramai wakil-wakil kami

Yang ingin membantumu

Apakah responmu semua?

Positivekah?

Atau kau yang mengelak?

Hati Mama luka

Jika kau tidak memikirkan DIA

Dalam melayani nafsu muda yang menggila

Mama lakukan yang terbaik

Kerana mencari kerethoan NYA

Anak-anak Mama tentu lebih faham dari Mama

Kerana Mama tidak belajar di sekolah itu

Anak-anak Mama sayang

Letaklah DIA dalam hatimu

Penuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYA

Bukan cinta kepada dia yang sementara

Yang digelar infatuations

Tidak bermakna

Cinta kepada dia

Jika membelakangkan DIA
Mama Sal…

Umar menelan liur. Sajak itu tembus menusuk kalbu.

"Terima kasih Mama…" hatinya mesra dengan panggilan itu buat seorang mas’ulah yang amat

dikagumi. Umar menatap lagi sajak itu. Kemudian dia melipat helaian itu dan dimasukkan ke

dalam sampul.

"Eh, masih ada tulisan lain?" dia mendapati di dalam sampul itu masih terselit satu lipatan

kertas.

Umar membuka lipatan itu. Hatinya berdegup kencang….

Assalamualaikum…

Akhi Umar Al-Mujahid yang ana hormati,

Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiap patah kata di

dalamnya dinaungi panji keredhaan.

Baru-baru ini, ana didatangi seorang gadis bernama Nur Syafika selepas selesai kuliyah Dr.

Azmin. Dia mendakwa ana telah merampas nta daripadanya. Ana keliru dengan kenyataanya dan

ana yakin nta pun akan turut keliru. Hanya Allah dan kita berdua yang tahu hakikat

sebenarnya kita tak pernah bercinta.

Jiwa ana dapat merasakan bahawa gadis itu terlalu mendalam cintanya kepada nta. Ana takkan

sesekali menghalang jika dialah pilihan terbaik untuk nta. Namun, menyedari bahawa kita

masing-masing mempunyai misi baitul da’wah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana mendoakan

nta dimiliki oleh seorang sohibah yang faham tarbiyyah.

Justeru, ketahuilah….

Ana menghargai kehadiran risikan nta dalam hidup ana. Ana tak sangka diri ana mempunyai

tempat di hati nta. Entahlah samada tempat ana itu telah sedia dipenuhi yang lain atau

tidak. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama nta tak pernah

berubah. Maafkan ana kerana terlalu lama membiarkan nta dalam penantian. Ana takut pada

maksiat hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat memberi jawapan. Kini, ana telah

bersedia. Ana sedia dipetik….

ASIAH YUSRO.

Umar membaca surat itu berulang kali. Dia bagaikan tidak percaya. Setelah bertahun-tahun

lamanya, baru sekarang Asiah Yusro memberi jawapan untuk risikannya. Selama ini, Asiah Yusro

benar-benar membuatkan dirinya terseksa dibebani beribu persoalan dan penantian. Sehinggalah

baru sekarang penantiannya berakhir. Dalam menanti jawapan itu, dia pernah tersungkur di

pintu cinta Nur Syafika. Nur Syafika menjadi penawar untuk mengubat beban penantiannya.

Namun, cinta Fika mencampakkannya jauh dari hidayah Allah. Jiwanya sering diburu bisikan-

bisikan iman yang masih berbaki. Bisikan itu merupakan kesan daripada tarbiyyah yang pernah

dilalui di Taman Islam. Suara iman itulah yang menyelamatkannya daripada terus kehilangan

hidayah Allah.

(Ya Allah! Cinta-Mu tak mengecewakan… Kau terlalu Maha Penyayang. Aku yakin, kehadiran

cinta Asiah Yusro adalah tanda hadirnya cinta-Mu. Aku hamba yang derhaka namun Kau tak

putus-putus memberikan rahmat-Mu. Ya Allah, layakkah aku yang penuh dosa ini untuk insan

semulia Asiah Yusro? Sedangkan Hanif merasakan dirinya tidak layak, inikan pula diriku?

Asiah Yusro, kau bintang agama sedangkan aku, lumpur yang hina. Aku masih merangkak mencari

kemulian seperti mana yang kau raih di sisi-Nya. Hatiku milik siapa?Ya Allah, hatiku milik-

Mu!)

"Bang Fathil, Fika nak tanya sikit…" Fika berjaya mencari nombor baru handset Fathil

setelah puas mencuba pelbagai cara. Akhirnya, dia mendapatkannya setelah memujuk Joe.

"Kau nak tanya apa lagi Fika? Kita dah tak de apa-apa…" keluh Fathil.

"Abang masih sayangkan Fika?"Fika cuba memujuk Fathil.

"Aku tak berminat dengan perempuan murahan. Kau ingat aku tak tahu kau pernah puaskan nafsu

kau dengan berpuluh lelaki? Aku menyesal kerana libatkan kawan aku sendiri menjadi mangsa

kau," Fathil bertegas. Ketika itu, Umar masuk ke compartment Fathil sambil membawa sebuah

majalah Haluan. Apabila melihat teman sebiliknya itu sedang bercakap melalui telefon, dia

keluar dan kembali masuk ke compartmentnya.

"Abang, itu dulu. Fika dah berubah. Bagilah Fika peluang. Fika dah kecewa dengan cinta Umar

sebab jiwa Fika tetap rindukan abang. Bang Fathil tetap satu-satunya lelaki di hati Fika,"

madah berhelah Fika cukup beracun.

" Sudahlah Fika. Aku dah cukup muak dengar tu semua. Aku tak nak lagi jadi lelaki bodoh yang

boleh terpedaya dengan kau. Perempuan murahan!" Fathil semakin matang.

" Woii, jaga skit mulut kau tu Fathil! Kau ingat kau tu mahal sangat? Aku sebenarnya tak

ingin pun dengan kau. Aku dah muak dengan perangai playboy kau tu. Saje je nak test tadi

…." Fika pula yang mengenakan Fathil.

" Dah puas cakap? Ada apa-apa lagi?" Fathil menyindir. Fika menarik nafas panjang-panjang.

" Err, izinkanlah Fika tanya sesuatu…" suara Fika kembali dilunakkan.

" Fika janji ini soalan Fika yang terakhir, Fika takkan ganggu kau err abang lagi lepas ni,"

.Fathil terfikir seketika.

" Boleh percaya ke dengan janji kau!"

" Sumpah, bang. Ni soalan terakhir Fika!"

" Apa dia?"

" Err, boleh Fika tahu serba sedikit tentang lelaki yang duduk sebelah abang malam tu. Alah,

malam kuliyah Dr. Azmin tu?" Fika ingin mencuba mangsa barunya. Fathil ketawa menyindir.

" Fika, aku nasihatkan kau bertaubatlah…kau tak bosan hidup jadi playgirl ke? Aku dah

bosan jadi playboy…tak de faedahnya!" Fathil sudah pandai memberi nasihat.

" Eh, siapa kau nak ajar-ajar aku? Mak bapak aku pun tak ajar, kau memandai pulak suruh

orang bertaubat…." Fathil mengakhiri perbualan dengan tiba-tiba. Malas dilayannya lagi

gadis itu. Dia masuk ke compartment Umar. Dia tahu Umar masuk ke biliknya tadi untuk

mengajak berbual. Fathil menceritakan gelagat Fika yang merimaskannya. Umar cuma mendengar

tanpa menyampuk. Kemudian, Umar menyerahkan majalah Haluan kepada Fathil.

" Tadi kat café, aku jumpa Banna. Dia kata nak datang sebab nak hadiahkan kau buku ni, tapi

tiba-tiba dia ada urusan lain pulak. Dia kirim kat aku je lah,"

" Majalah apa ni? Tak pernah pun aku dengar…"

" Ini majalah kegemaran Banna. Isinya boleh membantu membina peribadi Muslim,"

" Patutlah Banna baik. Aku memang tak pernah jumpa orang baik macam dia,"

" Habis tu, aku ni tak baik?" Umar mengacah.

" Kau? Masa mula-mula aku kenal kau, aku ingat kau waro’ tapi rupa-rupanya gila-gila macam

aku jugak. Sekarang ni, aku tengok kau jadi waro’ balik. Aku pun tak faham dengan kau," Umar

tersenyum. Fathil yang dikenalinya dulu juga banyak perubahan sejak dia intim dengan Banna.

Memang benar, seorang kawan terlalu mempengaruhi hidup seseorang. Sebab itulah Rasulullah

menyuruh berhati-hati memilih kawan.

" Oh, ya. Banna juga kirimkan kad jemputan kahwin ni," . Fathil mencapai kad wangi yang

diserahkan oleh Banna. Dia mendengus. Umar faham perasaan Fathil ketika itu lalu mengalih

topik perbualan.

" Fathil, cuba kau tengok sajak kat cover belakang majalah tu. Aku sukalah…" . Fathil

lantas membelek.

Puas sudah,

Kucari kebahagian,

Di sisi teman-teman,

Kudapat hanya kelalaian,

Ku cari lagi,

Di hati seorang kekasih,

Kudapat hanya kekecewaan,

Dan ku terus mencari,

Dalam meniti hari,

Penuh kekosongan…

Oh, di mana lagi harus ku mencari,

Membawa sekeping hati,

Yang sarat kerinduan,

Rindu yang tiada haluan,

Aku keliru sendiri,

Apa yang kucari,

Apa yang kuperlukan

Aku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti,

Kekosongan hati ini minta diisi…

Sejenak ku tersedar,

Aku mencari cinta agung,

Buat jiwaku yang merindukan,

Hakikat kebenaran,

Cahaya yang membelah kegelapan,

Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

Ku sedar,

Destinasi pencarianku di sini,

Ku mencari-Mu Tuhan,

Mengharap keredhaan,

Menagih kebahagiaan,

Dari sinar cahaya iman

Khazinatul Asrar, Taman Islam.

" Umar, aku pun suka…" Fathil berkeringsing. Kali pertama dalam hidupnya menyukai sajak.

Sebelum ini, baginya, sajak terlalu puitis, sesuai untuk jiwa perempuan sahaja.

" Nti dah sedia menerima rombongan meminang minggu depan?" Asiah tertunduk malu dengan

soalan Dr. Sal. Wajah solehah seorang mas’ulah di depannya tak berani direnung.

" Insyallah!" Ringkas jawapan Asiah Yusro.

" Ana dengar, sebulan bertunang nti akan terus kahwin. Umi nti yang cakap. Baguslah tu!

Bertunang lama-lama pun banyak mudhoratnya,"

" Dr. Sal, janganlah sentuh hal ni lagi. Ana malu. Dengan umi pun ana malu nak bualkan hal

ni. Biarlah hal ni menjadi hal orang tua. Ana pasrah saja…" pipinya menjadi kemerah-

merahan.

Tepat seperti hari yang dijanjikan, Asiah Yusro kelihatan berseri-seri mengenakan baju

pertunangan serba pink. Tudung labuh kain satin dengan jubah potongan moden menjadi pilihan

umi. Nampak ringkas tapi tetap menawan. Terserlah gaya anggun seorang muslimah di hari

bahagia. Menutup aurat dengan sempurna pun masih nampak jelita.Pakaian Islam tak pernah

lapuk menyusuri zaman.

Hati Asiah Yusro kian dilanda debaran. Sanak-saudara dan jiran-jiran terdekat sudah siap

sedia menyambut ketibaan.

(Ramai sangat tetamu yang umi jemput padahal ni majlis tunang je. Tak pe lah, apa salahnya

meraikan semua jiran dan sanak-saudara)

Tidak lama kemudian, tujuh buah kereta tiba di perkarangan rumah Asiah Yusro. Rombongan

lelaki itu disambut dengan solawat. Debaran makin bertambah apabila umi dan kakak mula

memimpinnya keluar daripada bilik. Ruang dalam rumahnya sudah dipenuhi rombongan lelaki.

Asiah Yusro mengangkat wajah mencari Maziah. Maziah memberitahu bahawa dia akan datang

bersama rombongan lelaki. Tatkala itu, dia bertembung mata dengan Umar Al-Mujahid yang duduk

di tepi Hassan Al-Banna dan Dr. Azmin. Fathil pun ada sekali. Cepat-cepat dielakkan

pandangannya.

(Astargfirullah. Aku dan dia tak kahwin lagi, mana boleh main-main mata. Mungkin dia pun tak

sengaja. Astargfirullah)

(Hah, itu pun Maziah disisi Hanif. Wah, makin ceria lepas balik berbulan madu di Mekkah. Tak

sangka dia mendahului abangnya. Fathil tentu pasrah…) Asiah Yusro gembira dapat melihat

temannya di celah rombongan lelaki. Inilah kali pertama dia bersua muka selepas Maziah

berumah tangga.

Sejurus kemudian, wakil keluarga Banna tampil menyuarakan hasrat menyunting mawar di taman

larangan. Suasana ceria ketika itu. Namun, Asiah Yusro terkejut besar.

(Kenapa ayah Maziah yang melamar, kenapa bukan ayah Umar Al-Mujahid?) Baru sekarang dia tahu

bahawa rombongan meminang itu adalah daripada keluarga Banna bukan Umar seperti sangkaannya.

Air matanya menitis tanpa disedari.

(Umar, sekian lama kutepis rindu ini. Kunantikan syariat menghalalkan untuk kuluahkan segala

kerinduan. Hatiku milikmu, Umar!) Hatinya pedih merintih. Dia cuba mengumpul segenap

ketabahan namun tidak terdaya. Air matanya terus membanjiri pipi. Asiah Yusro sudah jatuh

cinta. Cinta yang kudus terpelihara untuk Umar rupanya bukan milik Umar. Sukar untuknya

menelan pahitnya realiti. Air matanya meluahkan segala…

" Bagi pihak kami, insyaallah tiada halangan. Tapi, kena tanya juga empunya diri," suara

ayah Asiah Yusro kedengaran bersulam keceriaan. Semua mata beralih fokus kepada Asiah Yusro.

Senyuman yang tadinya ceria sudah pudar di wajah itu. Air mata Asiah Yusro memberi jawapan.

Namun mempunyai dua tafsiran di minda tetamu, sedih atau terharu. Wajahnya diangkat dan

memandang Umar Al-Mujahid seketika. Ada sinar pengharapan di matanya. Kemudian dia menunduk

lagi, melayan murahnya tangisan. Hati Umar terusik, jiwanya bergetar.

(Tidak!Tidak!Tidak! Aku mesti ada kemampuan berkata tidak! Maafkan aku Asiah Yusro. Aku

memang tak layak untukmu. Kau memang bertuah kerana bakal dimiliki oleh Banna, lelaki soleh

yang kukagumi. Pilihan Allah Maha Adil untukmu. Banna 1000 kali jauh lebih baik dariku)

" Perempuan ni, bila diam tanda setuju, bila menangis tanda terharu. Tapi, berkatalah walau

sepatah samada suka atau tidak," mudah ayah Asiah Yusro mencipta pepatah. Hati umi Asiah

Yusro pula dirundum resah melihat keadaan puterinya. Jiwa seorang ibu lebih memahami emosi

anaknya. Itu teori psikologi yang banyak dibuktikan oleh realiti.

(Takkan tangisan terharu sampai cam ni sekali. Ish, pelik!)

" Kalau malu, bolehlah berbisik kepada umi. Setuju ke tidak?" ayahnya bertanya lagi. Dia

berusaha mengekalkan keceriaan suasana. Namun, tangisan Asiah Yusro mula berlagu hiba bila

soalan itu ditanya lagi. Semua tetamu kehairanan. Ayah Asiah Yusro juga baru dapat menduga

kelainan anaknya. Sebelum ini, bila ditanya soal perkahwinan, anaknya itu sering mengelak

dan menjawab ringkas,

" Yusro pasrah je. Tak kira lah siapa yang masuk dulu…"

Asiah Yusro sedar dia mencipta persoalan. Persoalan yang menyebabkan semua orang keliru.

Persoalan yang pernah menyiksa hidup Umar suatu ketika dulu. Sebaknya cuba ditahan. Dia tak

berdaya lagi menahan sedu-sedan, irama sebuah tangisan. Dia tak tahu apa yang harus

dilakukan dalam situasi begitu. Baginya, ini soal hidup dan mati, rumahtangga yang bakal

dibina bukan barang mainan.Dia bingkas, melangkah sopan masuk ke biliknya. Suasana bagaikan

dipukau seketika. Suspen sekali…

" Err, mungkin saya kena betulkan kata-kata tadi, perempuan bila diam, kita masih tak tahu,

bila menangis, mungkin tanda tak setuju…" sempat ayah Asiah Yusro berlawak. Tetamu

disekitarnya ketawa kecil. Pandai dia menghidupkan suasana. Banna memandang Umar penuh tanda

tanya.

" Umar, dia pandang nta tadi.Mungkin hatinya untuk nta. Kalau antum berdua sudah suka sama

suka, ana rela gantikan nta di tempat ana. Ana takkan menyesal, malah ana akan bangga dapat

menyatukan dua hati yang bercinta kerana Allah," Hassan Al-Banna cekap mentafsir suasana.

Umar terdiam.

(Ah, baiknya kau Banna!)

Sementara Asiah Yusro cuba melawan perasaan sedaya upaya. Air matanya tumpah juga, tak

henti-henti. Dia perlukan ketenangan. Penawarnya ada di sisi. Al-Quran tafsif dibukanya

dengan memejam mata. Mata yang makin sarat dengan tangisan. Air mata itu terus menitis laju

membasahi satu ayat di dalam al-Quran. Asiah Yusro mengesat air matanya yang menodai

lembaran suci al-Quran. Baris ayat yang basah itu memikatnya. Dia membaca ayat itu berulang

kali sambil diperhati oleh umi yang berada di sisi, menemani.

(Masyallah. Indahnya ayat 216, Surah Al-Baqoroh ini. Kurasakan seolah-olah Allah sedang

berinteraksi denganku. Mungkin, inilah keajaiban al-Quran. Terima- kasih Tuhanku, Kau hadir

saat aku memerlukan.Ku pasrah pada ketentuan-Mu. Dengan cinta-Mu, Kau akan beri yang terbaik

untukku. Aku yakin dengan-Mu Tuhan. Hatiku milik-Mu) Resah di hati Asiah Yusro terubat

sudah. Allahlah teman yang menghiburkannya.

Umi keluar dengan wajah ceria. Hampir sejam tetamu menanti. Masing-masing masih tercengang,

tertanya-tanya. Namun, tiada seorang pun yang bangun mengundur diri. Semuanya bagaikan sabar

menanti bagaimana episod itu akan berakhir. Sebentar kemudian, Asiah Yusro keluar dengan

wajah yang tenang. Tangannya mendakap al-Quran. Tiada air mata lagi bersisa di kelopak mata.

" Yusro, kalau tak setuju, katakan tidak. Abi dan ummi takkan sesekali memaksa," Ayahnya

cuba mendalami perasaan puteri tercinta. Asiah Yusro tidak memberi sebarang jawapan. Dia

sedang mengumpul kekuatan untuk berbicara.

Tiba-tiba Banna memecahkan kesunyian.

" Maafkan saya. Mungkin kita boleh lupakan rombongan pinangan yang tadi. Anggaplah saya

datang sebagai rombongan kedua untuk menyunting si mawar berduri yang mekar di Taman Islam

rumah ini buat Umar Al-Mujahid," . Berani Banna menyusun bicara. Umar sendiri terkejut

dengan tindakannya.

" Bagaimana di pihak perempuan?" ayah Asiah Yusro memandang anaknya sarat harapan. Moga-

moga, lamaran kedua ada jawapannya.

" A’uzubillahi mina syaitonirrojim. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik

bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah

Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui," Asiah Yusro membacakan kembali tafsiran ayat 216,

Suroh Al-Baqoroh. Allah telah memberikannya jawapan.

" Abi, Yusro terima lamaran Hassan Al-Banna," jawabnya. Namun, jawapan itu masih sarat

tandatanya.

" Pinangan pertama untuk Hassan Al-Banna. Pinangan kedua, dari Hassan Al-Banna untuk Umar A

-Mujahid. Yang mana satu maksud diberi?" ayahnya minta kepastian. Asiah Yusro terdiam lagi.

Beratnya menjawab soalan itu. Oh, Tuhan! Dia menatap sekali lagi ayat 216. Jiwanya nekad

membuat pilihan,

" Hati saya rasa, Allah ingin jodohkan saya dengan Hassan Al-Banna…" Asiah Yusro tertunduk

malu selepas membuat pengakuan itu. Berakhirlah sebuah episod tanda tanya….

" Alhamdulillah…" suasana ceria kembali. Majlis pertunangan kembali berjalan lancar. Kata

-kata Asiah Yusro sangat berbekas di hati Umar. Biarlah ia meninggalkan parut kenangan buat

selamanya.

(Pergilah….pergilah cinta Asiah Yusro! Aku tak perlukan cintamu. Ya Allah, hanya Kau yang

kudambakan bukan sesiapa di kalangan makhluk-Mu. Hatiku hanya milik-Mu) Umar memujuk hatinya

agar tenang menerima suratan. Luka lamanya membengkak kembali. Dia cuba menyembunyikan

segala kepedihan dan kekecewaan di hati. Cinta Fika sesekali melambai datang, ditepisnya

sejauh mungkin. Cinta Asiah Yusro yang menjadi idaman, hadir ketika dirinya teraba-raba

mencari jalan pulang.

(Cukuplah selama ini aku telah banyak menzalimi diri sendiri. Asiah Yusro tak patut dimiliki

orang sepertiku. Potensi da’wahnya akan terhalang! Demi Islam, kuredho kau bukan milikku. Ku

sedar, sekalipun kita tidak berada di atas penyatuan cinta namun kita tetap berada di atas

penyatuan cita-cita. Ya, kita takkan selamanya rebah dalam kemelut rasa. Kita akan sama-sama

bangkit kembali memikul beban tarbiyyah dan da’wah yang sarat perjuangan ini )

" Umar, sohibah tu lah yang dipaksa kahwin oleh keluarganya. Kasihan dia. Usianya dah

menjangkau lebih 30 tahun. Ibubapa mana yang tidak risau?" Dr. Azmin mematikan lamunan Umar.

Tangannya menunjuk kepada seorang sahibah. Mata Umar melirik kepada arah yang ditunjukkan.

Seorang sahibah berwajah gelap dengan pipinya dipenuhi parut-parut bekas jerawat, sopan

bersimpuh di satu penjuru. Tudung labuh dan jubahnya tetap memikat kalbu daripada kacamata

iman seseorang.

" Dia wanita yang ditarbiyyah, wanita mulia! Layakkah dia untuk ana?" Umar berbisik kepada

Dr,Azmin.

" Umar, selamatkanlah dia…" Balas Dr. Azmin menyebabkan Umar tersenyum, senyuman yang

tersirat makna.

" Err, saya pun boleh jadi hero penyelamatnya," terjulur kepala Fathil yang tiba-tiba muncul

di celah Dr. Azmin dan Banna. Mereka tersenyum ceria.

(Fathil tak pandang kecantikan lagi ke? Mungkin imannya dah boleh berbicara)

Umar Al-Mujahid takjub dengan kuasa iman. Iman mengubah hati insan, menjadikan pemikiran

seseorang tunduk pada kebenaran. Jalan tarbiyyah dan da’wah ini lah yang banyak memberi

bekalan iman….

(Cinta tarbiyyah da’wah,hatiku milikmu!)